Mall Of America (MOA) yang terletak di Bloomington, Minnesota ialah pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat. Saya pernah datang ke MOA pada tahun 2015. Anda boleh baca artikel mengenainya yang pernah saya siarkan di dalam blog lama saya yang dan alamatnya saya diletakkan di bawah ini. Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/pusat-beli-belah-terbesar-di-amerika.htmlHard Rock Cafe Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/hard-rock-cafe-mall-of-america.html Saya berkeinginan untuk membeli cenderamata di Hard Rock Cafe MOA tetapi sangat menghampakan kerana ia telah ditutup. Mujurlah saya pernah membeli cenderamata sewaktu kedatangan sebelum ini. Manakala kedatangan kali ini pula (dua hari berturut-turut) sangat memuaskan hati kerana pada tujuh tahun lalu saya tidak berkesempatan…
Leave a CommentShery On The Move Posts
Saya dan suami datang ke Holy Land atas cadangan dari sahabat saya Fifi yang menetap di Grand Froeks, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2278. Beliau telah memberi saya dua pilihan dan setelah melihat menu, saya tertarik untuk datang ke sini. Keistimewaan Holy Land ialah di sini bukan sahaja menempatkan restoran tetapi juga pasar raya. Pendek kata seluruh bangunan ini sangat besar. Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan kami datang menikmati makanan di restoran halal yang pernah didatangi oleh Guy Fiery. Beliau merupakan pengacara rancangan jalan-jalan cari makan di saluran Food Network yang terkenal seluruh dunia. Kali pertama ialah pada bulan Mac…
Leave a CommentSaya pasti ada di antara pembaca setia laman blog lama saya http://sharery.blogspot.com/ tahu yang saya wajib pergi melawat ke State Capitol (bangunan pentadbiran/perundangan) di setiap negeri di Amerika Syarikat. Malah saya juga mengetahui yang salah seorang pembaca dan pengikut Instagram saya sudah mula engikut jejak langkah seperti saya. Saya pernah datang ke negeri Minnesota pada tujuh tahun lalu tetapi tidak berkesempatan untuk datang ke State Capitol. Maka pada kembara Mei 2022, saya ‘langsaikan hutang tertunggak’ itu. Ada satu perkara yang tidak saya sukai sewaktu datang ke sini iaitu mengenai tempat meletak kenderaan. Ia sedikit jauh dari State Capitol dan dikenakan…
Leave a CommentPemanduan hari seterusnya ialah dari Fargo, North Dakota ke Minneapolis, Minnesota. Oleh kerana pemanduan hari ini sangat singkat, maka kami bertolak agak lewat iaitu lebih kurang 9:30 pagi. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 380 kilometer. Cuaca di sepanjang pemanduan adalah mendung sahaja. Kami singgah dua kali di hentian rehat di lebuh raya di negeri Minnesota. Yang pertama ialah sebaik sahaja melepasi sempadan negeri. Yang menariknya kedua hentian rehat ini mempunyai papan tanda maklumat sejarah untuk pelancong. Sepanjang petang dan malam, kami telah melawat ke Minnesota State Capitol, makan lewat petang di restoran halal Holy Land, berjalan-jalan di pusat…
Leave a CommentHilton Garden Inn by Hilton Fargo terletak 8 kilometer dari pusat bandar Fargo https://sheryonthemove.com/?p=2290. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran tetapi sarapan pagi perlu dibayar. Inilah pertama kali saya melihat hotel yang meletakkan alat permainan Wii di bahagian lobi. Saya suka dengan bahagian lobi kerana susun atur perabot yang nampak selesa dan sesuai sekiranya tetamu ingin membuat kerja.
Leave a CommentSelepas melawat sahabat saya di Grand Forks https://sheryonthemove.com/?p=2278, pemanduan diteruskan ke Fargo yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja. Sebelum daftar masuk ke hotel, saya dan suami singgah ke pusat bandar untuk bergambar di tempat wajib yang perlu dilawati iaitu Fargo Theatre. Saya pernah bergambar di hadapan bangunan Fargo Theatre pada tujuh tahun yang lalu.
Leave a CommentPemanduan satu hari yang bermula dari Esteven, Saskatchewan, Kanada menuju ke Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat membawa saya dan suami ke beberapa tempat dan bandar baharu yang belum pernah kami lawati sebelum ini dan salah satunya ialah Grand Forks, North Dakota. Ada bonus lain mengapa kami membuat persinggahan di sini, iaitu ingin melawat sahabat baru yang saya kenali di Instagram. Fifi berasal dari Malaysia tetapi sudah lama menetap di Grand Forks. Kami datang ke kediaman beliau pada sebelah petang dan terus di jamu dengan makan malam. Oleh kerana masih lagi pada bulan Syawal maka saya anggap kedatangan ini sebagai datang…
Leave a CommentPersinggahan terakhir kami sebelum bermalam di Fargo ialah Grand Forks. Grand Forks ialah bandar ketiga terbesar di negeri North Dakota selepas Fargo dan Bismarck. Di mana-mana bandar besar atau kecil yang dilawati, saya suka melihat seni bina bangunan lama dan begitu juga apabila berada di Grand Forks. Masa tidak mengizinkan untuk berada lama di pusat bandar dan tidak banyak gambar yang dapat saya rakamkan. Mungkin di lain masa kami akan datang lagi ke sini.
Leave a CommentDari lokasi masjid pertama di Amerika Syarikat https://sheryonthemove.com/?p=2232 , pemanduan diteruskan dan kami singgah sebentar di bandar Minot. Sempatlah juga kami minum pagi di Starbucks dan seperti biasa kami akan membeli cawan kopi (mug) sebagai cenderahati. Di permukaan cawan kopi itu, ada gambar yang menyatakan titik pertengahan amerika utara terletak di North Dakota. Saya dan suami seolah-olah seperti berkata ‘wow!’ Ini adalah perkara yang baharu kami ketahui! Lantas apa lagi, saya terus menggunakan carian di google untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Nampaknya rezeki sekali lagi menyebelahi kami pada hari itu kerana tempat yang kami cari di google, terletak tidak jauh dari…
Leave a Comment