17 Jun 2022Selepas melawat ke bangunan perundangan negeri Colorado, https://sheryonthemove.com/?p=3825 kami memandu di sekitar pusat bandar Denver. Walaupun sudah beberapa kali datang ke Denver, tetapi saya masih belum puas berjalan-jalan di dalam bandar ini. Anda boleh lihat hampir kesemua gambar yang saya rakamkan ialah gambar bangunan kerana saya suka seni binanya tidak kira sama ada ia bangunan lama atau baharu.
Leave a CommentShery On The Move Posts
Denver merupakan ibu negeri bagi Colorado. Saya sudah beberapa kali datang ke Denver tetapi masih belum puas berjalan-jalan di bandar ini. Tambahan pula, pada 10 tahun lalu saya dan suami ingin melawat dan bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri tetapi pada waktu itu bangunan sedang dibaik pulih. Pada waktu itu kami sekadar lihat dari jauh sahaja. Mengambil peluang pada hari ke-12 kembara USA bulan Jun 2022, sekali lagi kami ke pusat bandar untuk bergambar di hadapan bangunan ini. Tidak ada tempat meletak kenderaan khas untuk pelawat, jadi kami hanya letakkan di tepi jalan sahaja. Masih banyak tempat kosong kerana kami…
Leave a CommentHilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area terletak di bahagian selatan dari pusat bandar Denver. Jarak antara hotel dan pusat bandar ialah 31 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 25 minit. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran manakala sarapan pagi tidak dihidangkan percuma. Bilik hotel bersaiz agak kecil tetapi cukup dengan segala keperluan seperti contoh peti sejuk, ketuhar gelombang dan mesin kopi. Saya berpuas hati kerana pihak hotel telah menukar permaidani baharu. Bentuk serta hiasan dalam di bahagian lobi hampir sama dengan hotel Hilton Garden Inn yang saya menginap di Bloomington, Minnesota https://sheryonthemove.com/?p=2427dan di Fargo, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2299 sewaktu…
Leave a Comment16 Jun 2022Pada hari ke-11 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, saya dan suami menyambung pemanduan dari Lincoln, Nebraska menuju ke Denver, Colorado. Jarak antara Lincoln dan Denver yang dikira dari kedua buah hotel yang kami menginap ialah 806 kilometer. Selepas sarapan pagi di hotel Hampton Inn & Suites Lincoln, kami memandu untuk meninjau Lapangan Terbang Lincoln yang terletak berdekatan dengan hotel sahaja. Link artikel hotel boleh anda klik di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3720Kemudian, baharu kami meneruskan pemanduan ke Denver. Cuaca pada hari itu panas terik dan suhu juga sangat tinggi sehingga mencecah ke 43 darjah Celsius. Kami ada membuat persinggahan…
Leave a CommentKami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Lincoln. Kami tidak mengalami sebarang masalah bermalam di hotel ini. Tempat meletak kereta tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari.
Leave a Comment15 Jun 2022Pemanduan hari ke-10 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Peoria, Illinois ke Lincoln, Nebraska. Jarak antara kedua buah bandar yang dikira dari hotel saya menginap di Peoria sehingga ke hotel di Lincoln ialah 731 kilometer. Pemanduan ini juga melibatkan tiga buah negeri iaitu Illinois Iowa dan Nebraska. Di negeri Iowa saya telah singgah di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott. Anda boleh baca artikel mengenainya melalui link di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=3288 Di sepanjang pemanduan merentasi negeri Iowa, saya dapat lihat kereta dan jentera bomba yang berhenti di jejantas lebuh raya di setiap bandar…
Leave a CommentSemasa pemanduan kembara pada hari ke-10 dari Peoria, Illinois menuju ke Lincoln, Nebraska, saya dan suami singgah sebentar di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott, Iowa. Kami tidak membuat sebarang lencongan yang jauh kerana hentian ini memang terletak di tepi lebuh raya yang kami lalui sahaja. Walaupun dinamakan hentian trak terbesar di dunia, tetapi ia bukan dikhaskan untuk pemanduan trak sahaja, sebaliknya keseluruhan tempat ini dikhaskan untuk semua pengguna lebuh raya. Hentian rehat ini mempunyai bangunan yang besar yang di dalamnya terdapat kedai-kedai makan seperti food court, kafe, restoran, pasar raya, tempat menjual cenderahati, pakaian, kasut, aksesori,…
Leave a CommentPeoria, Illinois terkenal kerana bandar ini pernah menempatkan ibu pejabat dunia (World HQ) bagi syarikat jentera terkenal Caterpillar atau nama singkatannya ialah CAT. Setelah berpuluh-puluh tahun di Peoria, ibu pejabat dunia Caterpillar akhirnya berpindah ke negeri Texas. Saya pernah beberapa kali datang ke Peoria sewaktu ibu pejabat dunia masih lagi di sini. Bandarnya begitu sibuk dengan banyak kenderaan dan dipenuhi dengan majoriti pekerja Caterpillar tempatan dan antarabangsa yang datang dari serata dunia. Kini, Peoria seperti sudah ‘mati’. Agak menyedihkan apabila melihat bandar ini sudah sunyi sepi. Gambar-gambar di bawah dirakamkan sepanjang dua hari saya berada di Peoria. Anda juga boleh…
Leave a CommentSewaktu berada di Peoria, Illinois, saya menginap di Hampton Inn & Suites by Hilton Peoria East At The River Boat Crossing. Kali ini memang tidak banyak gambar yang dikongsikan kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan saya hilang mood untuk rakam gambar. Walau bagaimanapun saya ada sedikit ulasan yang ingin dikongsikan mengenai hotel ini. Dari segi lokasi, ia terletak 6 kilometer dari pusat bandar Peoria dan bersebelahan dengan Tasik Peoria. Sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan adalah percuma. Mesin minum segera layan diri berbayar ditempatkan di tingkat bawah bawah sebaris dengan lobi. Banyak hotel-hotel dari rangkaian Hampton Inn yang saya…
Leave a Comment