Skip to content

Shery On The Move Posts

SHERY_OOTD Di Whistler

Saya tidak menyangka rupanya topi yang dipakai oleh saya sewaktu ke Whistler telah mendapat perhatian ramai pengikut Instagram saya. Beberapa bulan lalu saya ternampak seorang wanita yang memakai topi beruang di pusat membeli belah. Kebetulan apabila saya jalan di belakang beliau, saya terus rakamkan topi itu. Setelah beberapa kali mencari jualan topi itu di internet, akhirnya saya jumpa. Walaupun mungkin kami beli topi itu di tempat yang berlainan, tetapi ia sudah cukup menyamai dengan beliau.Di sini saya akan senaraikan keseluruhan #shery_ootd untuk rujukan anda. Coat : ZARATurtleneck Sweater Dress : SHEINHandbag : LOUIS VUITTONBoots : FOREVER 21Bucket Hat : ALI…

Leave a Comment

Hari Ulang Tahun Yang Ke-40

Pertama sekali saya ingin panjatkan rasa syukur kerana sekali lagi Allah panjangkan umur saya dan dapat lagi bernafas di bumiNya ini. Yang kedua pula, setiap tahun pada 26 November, saya pasti akan menelefon ibu saya. Beliau ialah wanita hebat yang melahirkan saya anak ke sepuluh dalam keluarga. Buat pertama kalinya tahun ini dan tahun-tahun akan datang saya tidak dapat lagi mendengar suara ibu saya mengucapkan selamat hari ulang tahun. Kali terakhir beliau berikan ucapan ialah pada 25 November tahun lalu (waktu di Kanada tetapi di Malaysia sudah pun 26 November). Tahun ini saya meraikan ulang tahun dengan kakak angkat saya.…

Leave a Comment

Whistler, British Columbia 2021 (Bahagian 2)

Pemandangan sepanjang pemanduan pulang dari Whistler ke Vancouver nampaknya lebih menarik kerana matahari petang menyerlahkan lagi daun-daun musim luruh. Ia berbeza dengan pemandangan sebelah pagi kerana agak mendung dan berkabus. Gambar-gambar pemandangan sewaktu pemanduan ke Whistler boleh anda lihat melalui artikel bahagian 1; https://sheryonthemove.com/?p=583 Whistler tidak pernah menjemukan saya. Jika ada kesempatan untuk ke sana lagi, saya tetap akan siarkan artikel mengenainya.

Leave a Comment

Whistler, British Columbia 2021 (Bahagian 1)

Whistler, British Columbia ialah sebuah bandar ski yang terletak 121 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Bandar ini bukan sahaja terkenal dan menjadi tumpuan dunia kerana tempat ski, tetapi ia juga terkenal kerana pernah menganjurkan Sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2010. Setiap tahun saya dan suami pasti akan datang ke Whistler sekadar untuk mengambil angin dan lari sebentar dari kesibukan bandar besar. Kali terakhir kami ke Whistler ialah pada Januari 2020 dan selepas itu pandemik bermula. Selepas larangan merentas daerah serta bandar ditarik semula, kes COVID-19 juga agak berkurangan dan kebetulan cuaca agak baik pada hari itu, maka kami mengambil…

Leave a Comment

SHERY_OOTD Autumn September&Oktober 2021

Di bawah ini ialah gambar-gambar outfit of the day #Shery_OOTD untuk musim luruh 2021 bulan September dan Oktober. Sewaktu saya memakai blazer komik, saya menerima pujian sebanyak empat kali dalam satu hari! Pertama kali ia ditegur oleh seorang pemuda di pusat membeli belah manakala tiga pujian yang seterusnya saya terima sewaktu makan di restoran Jepun oleh pelanggan dan pelayan restoran. Aksesori musim luruh yang paling mendapat perhatian ialah topi beruang di mana ramai pengikut Instagram yang ingin tahu dari mana saya beli. Pada asalnya beberapa bulan lalu saya terserempak dengan seorang wanita yang memakai topi beruang di pusat membeli belah.…

Leave a Comment

Hadiah Kejutan Untuk Shery On The Move

Pada pagi 11 Oktober yang lalu, tidur dan lamunan mimpi saya terhenti kerana saya menerima panggilan intercom dari pintu luar apartment. Pemuda itu mengatakan beliau ingin membuat penghantaran dari UPS. Terdetik juga di fikiran, yang saya tidak menunggu sebarang penerimaan dari UPS tetapi saya membenarkan beliau masuk dan letakkan barang itu di lobi berhadapan dengan peti surat. Saya ingin menyambung tidur tetapi mata sudah tidak boleh lelap. Justeru, saya pun mandi dan ingin keluar turun ke bawah untuk mengambil barang tersebut tetapi yang memeranjatkan ialah pemuda itu dengan baik hati meletakkan kotak di hadapan pintu saya. Memang betul nama saya…

Leave a Comment

Musim Luruh Di Istanbul, Turki

Sejak dua minggu lalu saya mula menonton drama bersiri dari Turki. Sambil menonton drama itu, saya tidak boleh lari dari mengingatkan pengalaman manis pertama kali saya berada di Istanbul pada musim luruh yang kebetulan sekarang memang musim luruh di Hemisfera Utara. Saya berada di sana lebih kurang satu minggu termasuk hari penerbangan pergi dan pulang. Di dalam banyak-banyak long trip sewaktu bertugas sebagai pramugari, trip ke Istanbul inilah antara yang terbaik sekali yang pernah saya rasai. Ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul, saya bertugas di kelas perniagaan. Salah seorang penumpang saya ialah Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan menteri…

Leave a Comment

Perginya Karyawan Dan Pengarah Terkenal Mamat Khalid

Saya menerima berita kematian pengarah terkenal dari Malaysia, iaitu Mamat Khalid lebih kurang tiga jam lalu, tengah hari Sabtu waktu di Vancouver, Kanada. Walaupun beliau sudah banyak kali keluar dan masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi pemergiannya tetap memeranjatkan saya. Mamat Khalid merupakan adik kepada kartunis Datuk Lat yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau terkenal kerana drama-drama serta filem-filem karyanya sentiasa melucukan. Paling menjadi kegemaran saya ialah drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan drama dan filem beliau ialah kerana watak dan lokasi…

2 Comments

SHERY_OOTD Makan Malam Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Warna tema untuk saya dan suami pada hari makan malam ialah ungu. Pakaian, jaket dan kuku palsu dibeli dari SHEIN. Kasut dan beg tangan yang saya pakai pula sudah berusia 20 atau 21 tahun! Apabila saya keluarkan beg tangan dari dalam kotak, saya cuba melihat jenamanya. Rupanya ia adalah beg tangan percuma setelah membeli kanta lekap berwarna. Saya masih ingat lagi ianya dibeli di Ipoh, Perak. Satu cerita lain yang menarik ialah kasut yang saya pakai pada malam itu. Jenamanya ialah Roselle by Panache. Saya beli di Parkson Grand Ipoh sewaktu saya masih bekerja sebagai jurujual di sana. Saya bekerja…

Leave a Comment