Sejak pandemik bermula dan sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat ditutup, saya dan suami tidak dapat melakukan kembara berkereta jarak jauh. Apabila sempadan telah dibuka, kami berkesempatan pergi ke Seattle pada bulan Disember yang lalu. Pemanduan ke Seattle hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. Walaupun kami berpuas hati dapat melepaskan rindu terhadap Seattle…
Category: Travel
Hari Komanwel
Hari Komanwel disambut pada 14 Mac setiap tahun. Di dalam empat buah negara yang saya menetap, tiga daripadanya ialah negara Komanwel iaitu Malaysia, Australia dan Kanada. Empat gambar di atas dirakamkan pada bulan Februari 2011 sewaktu saya dan suami membuat lawatan di dalam bangunan parlimen di Canberra, iaitu ibu negara Australia.
Selamat Tinggal Kapal Terbang Terbesar Dunia
Saya mengikuti perkembangan mengenai pencerobohan Rusia terhadap Ukrain setiap hari. Tidak ada apa yang tidak menyedihkan termasuklah apabila saya mengetahui tentang kapal terbang terbesar di dunia musnah akibat dari serangan. Saya sebagai seorang yang pernah bekerja di dalam dunia penerbangan (dan mereka yang masih bekerja di dalam dunia penerbangan) amat merasai kesedihan lebih dari orang…
Bob Saget Dalam Kenangan / Melawat Ke Rumah Drama Bersiri Full House Di San Francisco
Pelakon drama bersiri Full House iaitu Bob Saget telah meninggal dunia pada 9 Januari yang lalu. Mungkin pemergian beliau tidak terkesan sekiranya seseorang itu tidak pernah menonton drama bersiri itu. Tetapi bagi saya pula, pemergian beliau dapat dirasai. Sewaktu saya kecil dahulu, saya ialah peminat setia drama bersiri Full House. Setiap hari apabila pulang dari…
Araya’s Place Vegan Thai
Araya’s Place Vegan Thai menyajikan 100% hidangan sayur-sayuran (vegetarian). Makanan yang saya dan suami nikmati ialah som tum, fried brussels sprouts, kai phad king, pineapple curry serta minuman pula ialah thai iced tea dan lime thai iced tea. Saiz hidangan makanan sangat besar dan berbaloi dengan harga. Kesemuanya sangat sedap dan yang paling tidak boleh…
Hilton Garden Inn Seattle North/Everett
Hilton Garden Inn Seattle North/Everett terletak lebih kurang 39 kilometer dari pusat bandar Seattle. Kelebihan hotel ini ialah ia berdekatan dengan kilang Boeing serta berhadapan dengan Lapangan Terbang Paine Field dan Boeing Future Of Flight. Ini merupakan pertama kali saya dan suami menginap di hotel ini walaupun kami sudah banyak kali lalu di hadapannya kerana…
Kembali Ke USA Setelah Hampir 2 Tahun Sejak Pandemik
Setelah 22 bulan saya tidak ke Amerika Syarikat, akhirnya pada 3 Disember 2021 saya kembali semula ke sana. Ia juga merupakan international trip pertama saya sejak pandemik bermula. Waktu agak terhad tetapi sudah memadai untuk beberapa hari sahaja. Saya dan suami hanya habiskan masa kami di Seattle dan beberapa kawasan lain di sekitarnya di mana…
SHERY_OOTD Di Seattle
Seattle, Washington, USA3-5 December 2021 SHEIN 10% OFF FOR NEW USER https://shein.top/7tnunup
SHERY_OOTD Di Whistler
Saya tidak menyangka rupanya topi yang dipakai oleh saya sewaktu ke Whistler telah mendapat perhatian ramai pengikut Instagram saya. Beberapa bulan lalu saya ternampak seorang wanita yang memakai topi beruang di pusat membeli belah. Kebetulan apabila saya jalan di belakang beliau, saya terus rakamkan topi itu. Setelah beberapa kali mencari jualan topi itu di internet,…
Whistler, British Columbia 2021 (Bahagian 2)
Pemandangan sepanjang pemanduan pulang dari Whistler ke Vancouver nampaknya lebih menarik kerana matahari petang menyerlahkan lagi daun-daun musim luruh. Ia berbeza dengan pemandangan sebelah pagi kerana agak mendung dan berkabus. Gambar-gambar pemandangan sewaktu pemanduan ke Whistler boleh anda lihat melalui artikel bahagian 1; https://sheryonthemove.com/?p=583 Whistler tidak pernah menjemukan saya. Jika ada kesempatan untuk ke sana…
