Skip to content

Category: Travel

Double Tree by Hilton Tempe, Arizona

Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik hotel setinggi tiga tingkat. Selepas mandi dan berehat, saya dan suami kemudian keluar untuk makan malam dan setelah pulang baharu saya meninjau dan mengambil gambar di sekitar kawasan hotel. Oleh kerana negeri Arizona ini terkenal dengan pokok kaktus, maka di kawasan hotel ini terdapat banyak…

Leave a Comment

Phoenix – Ibu Negeri Arizona

28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30 darjah Celsius. Ini ialah kedatangan kali ketiga saya ke Phoenix tetapi sudah beberapa kali bagi suami. Walaupun sebelum ini saya pernah datang ke Phoenix tetapi baharu kali ini saya berkesempatan untuk melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Sudah menjadi kewajipan bagi kami untuk datang bergambar…

Leave a Comment

Penerbangan Dari Vancouver Ke Phoenix

Hari Pertama (28 Oktober 2022)Hari ini ialah hari pertama kembara Amerika Syarikat (AS) bagi saya dan suami pada bulan Oktober dan November 2022. Jika anda pembaca kerap laman web dan penonton kerap saluran You Tube saya, anda pasti tahu yang kami biasanya memulakan kembara berkereta (road trip) di USA bermula dari Vancouver, Kanada. Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu bahawa kami tidak melakukan road trip pada musim sejuk kerana musim ini tidak sesuai untuk melakukan pemanduan jarak jauh. Musim sejuk yang saya maksudkan ialah bermula dari musim luruh kerana pada musim luruh salji sudah mulai turun terutamanya di kawasan pergunungan.…

Leave a Comment

Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)

Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan negara Eropah. Kerana itulah musim luruh juga terkenal dengan pumpkin patch (ladang labu). Pumpkin patch ialah ladang yang mempunyai banyak tanah lot yang menempat labu sama ada ia telah dicabut atau masih lagi di atas tanah. Ramai orang akan menggunakan labu pada musim ini untuk…

Leave a Comment

Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara

Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman saya terletak tidak jauh dari pasar malam ini tetapi saya tidak pernah pergi ke sana sedangkan saya sudah enam tahun menetap di sini. Niat untuk pergi sentiasa ada setiap tahun, tetapi apabila sudah tiba musimnya, saya tangguhkan pula ke tahun seterusnya. Hanya pada tahun ini,…

Leave a Comment

Hilton Seattle

Biasanya apabila mengembara, saya dan suami memilih hotel Hilton atau Marriott yang berdekatan dengan lebuh raya atau lapangan terbang. Namun, ia berbeza dengan kedatangan kami ke Seattle pada awal bulan Oktober lalu kerana kami memilih hotel yang terletak di dalam pusat bandar Seattle. Terdapat dua cara untuk masuk ke hotel ini iaitu yang pertama ialah dari tingkat paling bawah yang sama paras dengan jalan raya dan kedua ialah dari tingkat empat atau lima tempat meletak kenderaan awam. Kedua-dua cara ini memerlukan tetamu hotel menaik lift untuk masuk ke tingkat bahagian lobi hotel. Gimnasium terletak bersebelahan dengan pintu masuk yang sama…

Leave a Comment

Salima Specialties – Halal Renton

Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties. Di bawah ini saya senaraikan minuman dan makanan yang kami nikmati serta rumusannya sekali. Teh tarik – sekadar ok.Bandung – rasanya agak pelik dan besar kemungkinan kesilapan itu dari sirap ros yang mereka gunakan.Chicken Satay Banh Mi Sandwich – Oleh kerana pemilik restoran bukan berasal dari Malaysia atau Singapura, jadi satay…

Leave a Comment

Seattle-Bellevue-Renton Oktober 2022

Beberapa artikel sebelum ini saya telah siarkan mengenai sahabat saya dan suami dari Singapura yang datang bercuti di Vancouver dan Seattle pada bulan September 2022. Pada awal bulan Oktober 2022 pula, sahabat kami datang (tanpa isteri) sekali lagi ke Seattle kerana urusan kerja. Sementelah saya dan suami tidak melakukan kembara berkereta jarak jauh pada waktu itu, maka kami mengambil keputusan untuk bermalam di Seattle dan dapat membawa sahabat kami berjalan-jalan. 6 Oktober 2022Pada hari pertama, kami bertiga berjalan-jalan dan makan tengah hari di pusat bandar Seattle dan kemudian menghabiskan waktu petang dan malam di Bellevue. Kami telah pergi makan malam…

Leave a Comment

Seattle | September 2022

26 September 2022Kedatangan saya dan suami ke Seattle pada bulan September 2022 ialah kerana kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Pada hari pertama di Seattle, kami telah pergi makan malam sempena ulang tahun perkahwinan bersama sahabat kami yang datang bercuti dari Singapura. Anda boleh baca artikel mengenainya melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5422 Pada hari kedua, iaitu bersamaan dengan 26 September, kami telah membawa sahabat kami berjalan-jalan di sekitar Seattle. Antara tempat yang wajib dilawati tentunya pasar awam Pike Place di mana ia menempatkan kedai Starbucks pertama di dunia. Lebih menyeronokkan lagi ialah apabila saya akhirnya dapat menaiki…

Leave a Comment