Hilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area terletak di bahagian selatan dari pusat bandar Denver. Jarak antara hotel dan pusat bandar ialah 31 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 25 minit. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran manakala sarapan pagi tidak dihidangkan percuma. Bilik hotel bersaiz agak kecil tetapi cukup dengan segala keperluan seperti…
Category: Travel
Pemanduan Dari Lincoln Ke Denver
16 Jun 2022Pada hari ke-11 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, saya dan suami menyambung pemanduan dari Lincoln, Nebraska menuju ke Denver, Colorado. Jarak antara Lincoln dan Denver yang dikira dari kedua buah hotel yang kami menginap ialah 806 kilometer. Selepas sarapan pagi di hotel Hampton Inn & Suites Lincoln, kami memandu untuk meninjau…
Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast -I80
Kami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia…
Pemanduan Dari Peoria Ke Lincoln
15 Jun 2022Pemanduan hari ke-10 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Peoria, Illinois ke Lincoln, Nebraska. Jarak antara kedua buah bandar yang dikira dari hotel saya menginap di Peoria sehingga ke hotel di Lincoln ialah 731 kilometer. Pemanduan ini juga melibatkan tiga buah negeri iaitu Illinois Iowa dan Nebraska. Di negeri Iowa…
Hentian Trak Terbesar Di Dunia Di Iowa
Semasa pemanduan kembara pada hari ke-10 dari Peoria, Illinois menuju ke Lincoln, Nebraska, saya dan suami singgah sebentar di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott, Iowa. Kami tidak membuat sebarang lencongan yang jauh kerana hentian ini memang terletak di tepi lebuh raya yang kami lalui sahaja. Walaupun dinamakan hentian trak terbesar di…
Peoria, Illinois
Peoria, Illinois terkenal kerana bandar ini pernah menempatkan ibu pejabat dunia (World HQ) bagi syarikat jentera terkenal Caterpillar atau nama singkatannya ialah CAT. Setelah berpuluh-puluh tahun di Peoria, ibu pejabat dunia Caterpillar akhirnya berpindah ke negeri Texas. Saya pernah beberapa kali datang ke Peoria sewaktu ibu pejabat dunia masih lagi di sini. Bandarnya begitu sibuk…
Hampton Inn Peoria East At The River Boat Crossing
Sewaktu berada di Peoria, Illinois, saya menginap di Hampton Inn & Suites by Hilton Peoria East At The River Boat Crossing. Kali ini memang tidak banyak gambar yang dikongsikan kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan saya hilang mood untuk rakam gambar. Walau bagaimanapun saya ada sedikit ulasan yang ingin dikongsikan mengenai hotel ini. Dari…
Pontiac, Illinois -Route 66
Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya di mana saya telah melawat ke dua pekan kecil (Lincoln dan Atlanta) yang terletak di dalam jalan raya bersejarah Route 66. Artikel mengenainya boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3438 Sebelum ini saya hanya mendengar nama Pontiac kerana ada kereta yang namanya sama. Saya pasti anda juga pernah dengar akan…
Lincoln & Atlanta, Illinois – Route 66
14 Jun 2022Pemanduan kembara pada hari ke-8 ialah dari Springfield menuju ke Peoria, Illinois. Sebenarnya jika memandu tanpa henti, waktu pemanduan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja dengan jarak antara kedua buah negeri ialah 120 kilometer. Tetapi oleh kerana kami menggunakan banyak jalan lama bersejarah Route 66, maka jarak dan masa…
Springfield – Ibu Negeri Illinois
13 Jun 2022Kembara kali merupakan kedatangan kali ketiga saya ke ibu negeri Illinois iaitu Springfield. Kali pertama ialah pada tahun 11 September 2012 dan kali kedua pula ialah pada bulan Mac 2015. Artikel sewaktu lawatan saya pada tujuh tahun lalu boleh anda boleh baca di sini. http://sharery.blogspot.com/2015/05/rumah-kediaman-presiden-amerika.html Pada hari Isnin kedatangan saya ke Springfield, saya…
