Selepas sarapan pagi di hotel https://sheryonthemove.com/?p=2078, kami memulakan pemanduan menuju ke Ross, North Dakota, Amerika Syarikat (AS). Walaupun di dalam gambar anda lihat cuacanya terang benderang tetapi suhunya masih rendah serta angin kuat. Ini merupakan pertama kali kami memasuki sempadan antarabangsa Saskatchewan/North Dakota. Jarak dari hotel di Estevan ke North Portal iaitu pekan kecil terakhir…
Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan
Saya dan suami menginap satu malam di Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan kerana keesokkan harinya kami akan meneruskan pemanduan ke Amerika Syarikat. Walaupun Esteven ini bandar kecil yang paling hujung dengan sempadan antarabangsa, tetapi ia (bandar dan hotel saya menginap) sebenarnya sibuk dengan pengunjung luar yang datang untuk bekerja atau bersukan. Tidak ada rungutan…
Pemanduan Dari Edmonton Ke Estevan
Pemanduan dari Edmonton, Alberta menuju ke Estevan, Saskatchewan bermula pada jam 5:00 pagi dengan jarak 993 kilometer. Cuaca pada awal pagi adalah baik, kemudian apabila sudah memasuki Saskatchewan hujan turun dengan lebatnya. Pada waktu tengah hari mending dan kemudian baharu panas terik. Jika anda lihat gambar lima dari bawah, ia dirakamkan di sebuah rumah di…
Dickey’s Barbecue Pit – Halal Edmonton
Dickey’s Barbecue Pit merupakan restoran bbq bercawangan yang berpengkalan di Dallas, Texas. Perniagaan ini bermula pada tahun 1941 dan sehingga ke hari ini telah mempunyai ratusan cawangan. Tidak ada restoran dan menu halal di seluruh cawangan Dickey’s di USA tetapi yang ingin saya ceritakan di sini ialah cawangan pertama dan tunggal di Kanada yang 100%…
Boardwalk Burgers – Halal Edmonton
Saya dan suami pasti menikmati makanan di Boarwalk Burgers setiap kali kami berada di Edmonton atau Calgary, Alberta. Restoran ini menyajikan 100% menu yang halal. Saya telah siarkan artikel mengenainya di dalam laman blog lama. https://sharery.blogspot.com/2020/10/makanan-halal-di-edmonton.html
Home2 Suites by Hilton West Edmonton
Oleh kerana sudah jatuh hati dengan Home2 Suites di Helena, Montana, https://sheryonthemove.com/?p=1896 maka sekali lagi saya dan suami memilih rangkaian hotel ini sewaktu kami berada beberapa hari di Edmonton. Bilik di sini sedikit kecil berbanding di Helena. Hotel ini juga telah lama beroperasi tidak seperti di Helena yang masih baharu lagi memulakan perniagaan. Dua botol…
Pemanduan Dari Vancouver Ke Edmonton
Kali terakhir saya dan suami memandu dari Vancouver, British Columbia ke Edmonton, Alberta ialah pada musim panas tahun lalu. Untuk tahun ini pula pemanduan dilakukan pada musim bunga. Pemandangan di sepanjang perjalanan tentunya sedikit berbeza berbanding tahun lalu kerana musim bunga masih kerap lagi dituruni salji di kawasan pergunungan. Pemandangan yang indah ialah di Coquiahalla,…
Home2 Suites by Hilton Helena, Montana
Ini merupakan pertama kali saya dan suami menetap di rangkaian hotel Hilton Home2 Suites. Hotel ini berkonsep minimalis seperti Tru by Hilton tetapi berbeza sedikit dari segi keluasan bilik kerana di sini biliknya lebih besar dan turut mempunyai dapur. Oleh kerana masih lagi musim bunga yang selalu dituruni salji, maka pihak hotel telah meletakkan pelbagai…
SpringHill Suites by Marriott Salt Lake City Airport
Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan lebuh raya untuk saya dan suami meneruskan pemanduan pada hari berikutnya. Perkhidmatan shuttle percuma diberikan kepada tetamu hotel yang ingin pergi ke lapangan terbang. Susun atur perabot dan katil bagi rangkaian hotel SpringHill Suites di mana-mana cawangan, semuanya hampir sama. Ia mengingatkan…
Homewood Suites by Hilton San Francisco Airport-North
Homewood Suites by Hilton merupakan antara rangkaian hotel Hilton yang menjadi kegemaran saya dan suami. Kami pernah menginap di Homewood Suites di beberapa bandar di Amerika antaranya ialah di Las Vegas. Oleh kerana kami telah mengetahui standard Homewood Suites, maka kami telah menempah untuk menginap beberapa malam di Homewood Suites San Francisco Airport. Satu kelebihan…
