Memori ini telah 10 tahun berlalu, tetapi percayalah bahawa ia seperti baharu sangat terjadi. Pada 16 Mac 2012, buat pertama kalinya saya dapat merasai menaiki pesawat komersil terbesar dunia iaitu A380 milik QANTAS Airways. Ia juga merupakan penerbangan yang membawa saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Amerika Syarikat. Pada waktu itu suami saya telah…
Author: Shery NN
Hari Komanwel
Hari Komanwel disambut pada 14 Mac setiap tahun. Di dalam empat buah negara yang saya menetap, tiga daripadanya ialah negara Komanwel iaitu Malaysia, Australia dan Kanada. Empat gambar di atas dirakamkan pada bulan Februari 2011 sewaktu saya dan suami membuat lawatan di dalam bangunan parlimen di Canberra, iaitu ibu negara Australia.
Restoran Chilli House – Halal Langley
Sudah tidak terkira berapa banyak kali saya dan suami telah menjamu selera di restoran Chilli House di Langley, British Columbia. Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah dirakamkan sewaktu kedatangan paling terkini iaitu pada 24 Februari 2022. Walaupun logo halal tidak dipaparkan di restoran tetapi pihak pengurusan memang membeli daging dan ayam yang halal. Bukan saya…
Selamat Hari Wanita Sedunia
Umum sedia maklum yang Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Ia diraikan bagi mengangkat martabat atau prestasi wanita di dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hari Wanita Sedunia juga dianggap sebagai salah satu tonggakan di dalam kepentingan kesaksamaan. Walaupun setiap tahun saya memberikan ucapan yang sama kepada para wanita di luar…
Kembali Berjumpa Pakar Kaunseling (Bahagian 1)
Kali terakhir saya berjumpa dengan pakar kaunseling ialah pada bulan Februari 2020 iaitu sebelum bermulanya pandemik. Sebenarnya saya tidak memerlukan pakar kaunseling selama dua tahun ini, akan tetapi di dalam waktu yang sama saya memerlukan beliau hanya untuk memberi perkhabaran gembira dan ingin memberi update. Pusat kaunseling ditutup sepanjang pandemik tetapi mereka bertugas dari rumah….
True Confections – Dessert Restaurant Vancouver
Ini ialah kedatangan kedua saya ke True Confections. Kedatangan pertama kali ialah beberapa tahun lalu dan pada waktu itu saya hanya memesan satu kek sahaja. Kali ini, saya, suami dan seorang lagi sahabat telah ke True Confections di cawangan baharu. Nampaknya meja kami meriah dengan pelbagai kek serta minuman. Antara yang kami nikmati ialah, Oreo…
Selamat Tinggal Kapal Terbang Terbesar Dunia
Saya mengikuti perkembangan mengenai pencerobohan Rusia terhadap Ukrain setiap hari. Tidak ada apa yang tidak menyedihkan termasuklah apabila saya mengetahui tentang kapal terbang terbesar di dunia musnah akibat dari serangan. Saya sebagai seorang yang pernah bekerja di dalam dunia penerbangan (dan mereka yang masih bekerja di dalam dunia penerbangan) amat merasai kesedihan lebih dari orang…
SHERY_OOTD Januari & Februari 2022
Shop at SHEIN using my unique link and get an extra 10% off over CA$29 your first order. With dozens of the freshest styles dropping daily, consider them your one-stop shop for all your new season needs. Here’s my link: https://shein.top/7tnunup
22.2.22 – Selamat Tinggal Ubatku
Apa istimewanya nombor 22.2.22? Saya bukanlah orang yang begitu taksub dengan nombor-nombor cantik di dalam kalendar. Akan tetapi ada kisah yang terjadi di sebalik tarikh 22 Februari 2022. Pada sebelah malam hari Selasa yang lalu, saya melihat kalendar untuk rujukan saya makan ubat. Apabila melihat sahaja tarikh itu, baharu saya mengetahui ia adalah hari terakhir…
Manjal South Indian Kitchen – Halal Vancouver
Setakat ini saya telah dua kali menjamu selera di Manjal South Indian Kitchen di Burnaby. Pertama kali ialah pada bulan Mac 2021 dan kali kedua pula pada bulan Februari 2022. Walaupun tidak dipaparkan logo halal, tetapi restoran ini membeli bekalan daging dan ayan halal. Ia telah diberitahu oleh pihak restoran di dalam menu mereka http://www.manjal.ca/menus/dine-in/…
