Ini merupakan kali kedua saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Kali pertama ialah pada musim panas tahun 2020 di mana saya dan suami hanya pandu lalu di hadapan bangunan terminal yang ‘mati’ gara-gara pandemik dan tidak ada satu pun penerbangan pada tahun itu. Kedatangan kali kedua pula ialah sewaktu saya menaiki penerbangan dari Edmonton untuk pulang ke Vancouver setelah selesai kembara 14 hari di Amerika Syarikat. Gambar pertama dari atas dirakamkan sewaktu saya sedang sarapan pagi di hotel. dan pada sebelah petang saya menaiki Uber menuju ke lapangan terbang. Suami saya tidak dapat hantar ke lapangan terbang kerana mesyuarat…
Leave a CommentCategory: Travel
19 Jun 2022Pemanduan hari ke-14 ialah hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022. Ia bermula dari Great Falls, Montana dan berakhir di Edmonton, Alberta, Kanada. Pada awal pagi di Great Falls, saya terasa begitu nyaman dan cuaca juga dingin. Suhu pada waktu itu paling rendah jika hendak dibandingkan dengan suhu pada hari-hari lain sewaktu kembara sepanjang 14 hari pada bulan itu. Ia seolah-olah memanggil saya pulang ke rumah kerana suhu sebegitu selalu dialami di Vancouver pada awal pagi Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, masa pemanduan ialah 7 jam 35 minit dengan jarak 798 kilometer. Tetapi pemanduan kami lebih lama sedikit…
Leave a Comment18 Jun 2022Artikel ini bersambung dari bahagian satu. Semua pengenalan dan cerita mengenai pemanduan dari Buffalo, Wyoming ke Great Falls, Montana ini telah saya tulis di dalam artikel bahagian pertama. Sila baca artikel itu melalui link yang saya berikan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4117 Anda juga boleh tonton video tiga hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022 di dalam saluran You Tube saya. Linknya saya letakkan di bawah ini.https://youtu.be/GWtw2HIQk8k
Leave a Comment18 Jun 2022Pemanduan hari ke-13 kembara USA bulan Jun 2022 ialah dari Buffalo, Wyoming menuju ke Great Falls, Montana dengan jarak 615 kilometer. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 5 jam 50 minit. Pada hari itu saya dan suami bersiar-siar dahulu di dalam pusat bandar Buffalo dan kemudian baharu ke Great Falls. Link artikel mengenainya saya letakkan di sini.https://sheryonthemove.com/?p=3972 Apabila memasuki sahaja sempadan negeri Montana, kami sudah berada di tanah asal milik kaum asli Amerika iaitu puak Crow Reservation. Gambar lapan dari atas yang saya muat naik ialah papan tanda selamat datang ke negeri Montana dan gambar di…
Leave a CommentBuffalo ialah sebuah bandar kecil yang terletak di kaki gunung (Bighorn Mountains) di negeri Wyoming, Amerika Syarikat. Walaupun bandar kecil tetapi ia menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukan Buffalo boleh dikatakan pertengahan antara dua buah Taman Negara. Jarak Buffalo dengan Tugu Peringatan Negara Gunung Rushmore ialah 327 kilometer dan jarak Buffalo dengan Taman Negara Yellowstone ialah 426 kilometer. Gambar-gambar di bawah dirakamkan bermula dari perkarangan hotel sehingga ke pusat bandar. Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, lagi kecil bandar yang dilawati, lagi banyak tempat serta pemandangan menarik yang ingin saya rakamkan gambarnya. Negeri Wyoming bukan sahaja terkenal dengan negeri cowboys…
Leave a CommentBuffalo, Wyoming ialah sebuah bandar yang kecil. Hotel-hotel di sini agak terhad berbanding bandar yang berdekatan dengannya. Sekiranya anda memandu dari arah Denver atau Cheyenne, saya sarankan anda mencari hotel di sekitar Casper. Suami memilih untuk bermalam di Buffalo kerana jarak pemanduan yang masih tidak terlalu jauh dari Denver iaitu bandar yang kami bermalam satu hari sebelumnya. Kebetulan juga cawangan Hampton Inn & Suites memang hotel yang selalu kami menginap sewaktu melakukan kembara berkereta. Kami tidak mempunyai sebarang masalah apabila bermalam di hotel ini. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari. Setiap hotel meletakkan…
Leave a Comment17 Jun 2022Pemanduan hari ke-12 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Denver, Colorado menuju ke Buffalo, Wyoming dengan jarak antara kedua buah bandar ialah 626 kilometer. Bagi saya dan suami yang biasa melakukan pemanduan jarak jauh, jarak seperti ini adalah pendek bagi kami. Walaupun ianya pemanduan yang pendek tetapi kami tidak terburu-buru untuk sampai ke Buffalo. Kami telah melakukan beberapa persinggahan ke beberapa tempat seperti;Bangunan Perundangan Negeri Coloradohttps://sheryonthemove.com/?p=3825Pusat Bandar Denverhttps://sheryonthemove.com/?p=3841Wyoming Welcome Centerhttps://sheryonthemove.com/?p=3884Cheyenne – Ibu Negeri Wyominghttps://sheryonthemove.com/?p=3915 Oleh kerana negeri Wyoming antara negeri yang terkenal cowboys, maka di mana-mana sahaja terdapat papan tanda cowboys termasuk di Jabatan Pengangkutan…
Leave a Comment17 Jun 2022Kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 merupakan kedatangan kali kedua saya ke bandar Cheyenne. Kedatangan kali pertama ialah pada musim panas tahun 2012. Bandar ini merupakan ibu negeri bagi Wyoming. Pusat pelancongan yang terletak di dalam bangunan stesen kereta api lama harus dilawati. Di dalamnya turut menempatkan muzium dan kedai cenderamata. Pada kedatangan 10 tahun lalu, suami saya ada membeli cenderamata di kedai yang sama. Negeri Wyoming merupakan salah satu negeri yang berkait rapat dengan koboi (cowboys). Maka kerana itulah di dalam pusat bandar banyak dapat dilihat replika kasut koboi (boots). Tempat wajib yang perlu saya dan…
Leave a Comment17 Jun 2022Sepanjang 10 tahun saya melakukan kembara di negara ini, sudah terlalu banyak pusat pelancongan yang saya lawati. Di mana tempat yang baharu saya lawati, pasti ada di antaranya yang menarik perhatian saya. Sewaktu kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, pusat pelancongan di negeri Kentucky merupakan yang paling unik pernah saya lawati. Anda boleh baca artikel dan melihat gambar-gambarnya melalui link di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3535 Di dalam tempoh kembara yang sama iaitu satu minggu selepas negeri Kentucky, sekali lagi saya telah melawat ke pusat pelancongan yang saya letakkan sebagai terbaik setakat ini di antara negeri-negeri lain. Southeast Wyoming Welcom…
Leave a Comment