Warna tema untuk saya dan suami pada hari makan malam ialah ungu. Pakaian, jaket dan kuku palsu dibeli dari SHEIN. Kasut dan beg tangan yang saya pakai pula sudah berusia 20 atau 21 tahun! Apabila saya keluarkan beg tangan dari dalam kotak, saya cuba melihat jenamanya. Rupanya ia adalah beg tangan percuma setelah membeli kanta…
Author: Shery NN
Makan Malam Sempena Ulang Tahun Perkahwinan
Hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-12 ialah pada 25 September, tetapi makan malam sempena meraikannya terpaksa ditangguhkan dua minggu kerana suami saya bertugas di luar kawasan. Restoran yang kami pergi ialah Ember Indian Kitchen di Steveston, iaitu 20 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Sebaik sahaja mendapat meja dan tempat duduk, kami disapa oleh pemilik…
Hari Kesihatan Mental Dunia
Hari Kesihatan Mental Dunia diadakan pada 10 Oktober setiap tahun dan buat pertama kali saya menyiarkan artikel mengenainya. Tidak semua orang berani atau mempunyai pengetahuan untuk tampil ke hadapan dalam memberi dan berbicara mengenai kesihatan mental. Saya sebagai mental health advocate, bertanggung jawab untuk menyumbang dan membantu dalam memberi kesedaran kepada umum. Sejak dari April…
Keterujaan Musim Luruh 2021
Musim luruh di Hemisfera Utara secara rasminya jatuh pada 22 September 2021. Inilah musim kegemaran saya berbanding tiga musim yang lain.Bulan September merupakan bulan kedua kegemaran saya selepas November kerana hari ulang tahun perkahwinan saya ialah 25 September. Selain itu, saya teruja kerana musim perlawanan hoki ais NHL juga bermula pada bulan ini. Selain itu,…
Pengenalan Kesihatan Mental
Saya mula memberi kesedaran kesihatan mental di media sosial dan memakai riben hijau sejak dari tahun 2019 iaitu setelah saya mula mendapatkan rawatan dari pakar perubatan profesional. Tujuan utama saya dalam memberikan kesedaran ini ialah kerana kesedaran kesihatan mental masih kurang diberi pendedahan ditambah pula dengan halangan dari stigma. Apa itu stigma? Stigma ialah diskriminasi,…
Selamat Datang Ke Shery On The Move
Selamat Datang Ke Shery On The Move! Alhamdulilah, akhirnya satu lagi pencapaian peribadi saya dapat dicapai pada tahun ini. Keputusan untuk beralih dari laman blogspot ke laman sesawang sendiri bukanlah mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun! Suami saya berkali-kali mencadangkan supaya beralih ke laman sesawang sendiri sejak dari lapan atau sembilan tahun lalu tetapi saya tidak…
