Skip to content

Tag: road trip

Pemanduan Dari Helena Ke Sweet Grass, Montana

Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662. Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja. Jarak antara Helena dan Sweet Grass ialah dianggarkan 332 kilometer dengan menggunakan lebuh raya I-15 N. Kami merentasi gunung ganang dan kemudian hanya jalan raya yang…

Leave a Comment

Great Falls, Montana

Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan beberapa kapal terbang yang di pamerkan di tepi jalan. Tempat ini juga terletak tidak jauh dari pintu masuk Air National Guard. Anda boleh lihat gambarnya tiga dari bawah artikel ini. Mengikut bancian sehingga tahun 2020, jumlah penduduk di Great Falls ialah seramai 60,442 orang.…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Salt Lake City Ke Helena

Terdapat dua laluan sekiranya ingin melakukan pemanduan dari Salt Lake City, Utah ke Helena, Montana. Apabila berada di Idaho Falls, di situlah pemandu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pemanduan menggunakan I-15 N atau US-20 E. Biasanya pemandu memilih lebuh raya I-15 N kerana lebih cepat. Jaraknya ialah 779 kilometer dari Salt Lake City. Bagi pemanduan pada hari itu, saya dan suami membuat persinggahan sebanyak empat kali termasuk untuk mengisi minyak kereta. Ini merupakan pertama kali saya menggunakan lebuh raya ini menuju ke Helena. Saya pernah ke Helena pada tahun 2015 tetapi pemanduan adalah dari arah timur iaitu dari Chicago.…

Leave a Comment

Taman Negeri Great Salt Lake

Taman Negeri Great Salt Lake terletak 30 minit dari ibu negeri Utah, iaitu Salt Lake City. Saya dan suami singgah di sini sewaktu di dalam pemanduan dari Las Vegas ke Salt Lake City. https://sheryonthemove.com/?p=1252 Setiap satu kereta pelawat dikenakan bayaran sebanyak $5. Walau bagaimanapun bayaran ini telah mengikut kategori yang ditetapkan. Senarai harga diletakkan di tepi kaunter pembayaran. Inilah keuntungannya apabila mengembara dan melawat ke tempat tarikan pelancong pada bukan musim cuti kerana tidak ramai orang Sebaik sahaja keluar dari kereta dan menghidu udara di sekeliling, terus saya dapat bayangkan seperti berada di tepi laut kerana air tasik di sini…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Las Vegas Ke Salt Lake City

Pada hari Sabtu bersamaan 26 Mac 2022, saya dan suami meneruskan pemanduan ke negeri seterusnya iaitu Utah. Mengikut perancangan malam sebelumnya, kami ingin bertolak dari hotel di Las Vegas sebelum jam 5:00 pagi. Tetapi akibat terlalu letih, kami terlupa mengunci jam. Selepas bangun tidur, kami tidak kelam kabut kerana pemanduan pada hari Sabtu itu sangat flexible. Kami tidak mengejar masa atau mempunyai temu janji lain. Setelah bersiap, kami bertolak lebih kurang jam 5:45 pagi. Pemanduan berjalan tanpa sebarang masalah. Cuaca pada hari itu berawan, sejuk di sebelah pagi dan panas pada tengah hari. Lebuh raya ini merupakan yang biasa kami…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Fresno Ke Las Vegas

Jika pemanduan dari Fresno, California ke Las Vegas, Nevada dibuat tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ia dikira sehingga hotel penginapan saya yang berdekatan dengan lapangan terbang. Bagi pemanduan saya dan suami pula, ia mengambil masa 7 jam termasuk kami berhenti tiga kali iaitu untuk mengisi minyak kereta di Tulare, California, membeli minuman di Tehachapi, California dan persinggahan terakhir ialah di Primm iaitu sempadan negeri Nevada hanya untuk ke tandas. Walaupun kami telah banyak kali menggunakan laluan perjalanan yang sama dari Fresno ke Las Vegas, tetapi ini merupakan pertama kami kami singgah ke Tehachapi, California. Pada…

Leave a Comment

Fresno, California, USA

Saya dan suami datang dan menginap di Fresno adalah kerana satu sebab. Jika bukan sebab ini, kami akan menamatkan pemanduan hari pertama lebih awal sedikit iaitu kami boleh bermalam di Sacramento. Sebab utama ialah saya ingin berjumpa dengan seorang pengikut Instagram saya yang dikenali sejak beberapa tahun yang lalu iaitu Jaafar. Walaupun kami kerap berhubung melalui Instagram, tetapi pertemuan ini merupakan yang pertama buat kami berdua. Oleh kerana kembara ini dirancang last minute, maka saya beritahu untuk berjumpa dengan beliau juga sudah lewat malam. Mujurlah beliau tidak bekerja pada hujung minggu, jadi saya dapat mengagak yang pertemuan kami mungkin akan…

Leave a Comment

Pemanduan 20 Jam Vancouver Ke Fresno, California

Sejak pandemik bermula dan sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat ditutup, saya dan suami tidak dapat melakukan kembara berkereta jarak jauh. Apabila sempadan telah dibuka, kami berkesempatan pergi ke Seattle pada bulan Disember yang lalu. Pemanduan ke Seattle hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. Walaupun kami berpuas hati dapat melepaskan rindu terhadap Seattle dan bermalam di sana, tetapi pemanduan itu sangat singkat. Ia masih lagi tidak kami anggap sebagai kembara. Pada 19 Mac yang lalu, akhirnya kami telah melakukan kembara dan pemanduan jarak jauh. Kali terakhir kami lakukannya ialah pada musim panas tahun 2019. Seperti biasa, perancangan kembara…

Leave a Comment

Kembali Ke USA Setelah Hampir 2 Tahun Sejak Pandemik

Setelah 22 bulan saya tidak ke Amerika Syarikat, akhirnya pada 3 Disember 2021 saya kembali semula ke sana. Ia juga merupakan international trip pertama saya sejak pandemik bermula. Waktu agak terhad tetapi sudah memadai untuk beberapa hari sahaja. Saya dan suami hanya habiskan masa kami di Seattle dan beberapa kawasan lain di sekitarnya di mana ia adalah tempat yang biasa kami pergi sebelum ini. Antara salah satu tempat yang saya pergi ialah ke restoran kegemaran iaitu Red Lobster. Sebelum pandemik saya pernah sekali menikmati hidangan di Red Lobster di Kanada, manakala sejak pandemik saya menikmati hidangan di Red Lobster di…

Leave a Comment