Lokasi hotel yang saya dan suami menginap di Albuquerque sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan denga lebuh raya yang kami lalui. Oleh kerana Albuquerque ini sebuah bandar yang besar, maka tidak susah untuk mencari apa sahaja keperluan asas yang penting. Separuh gambar hotel saya rakamkan pada hari daftar masuk dan separuh lagi dirakamkan pada waktu…
Category: Travel
Pemanduan Dari Winslow Ke Albuquerque
Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Anda akan ketinggalan sekiranya tidak baca dari artikel pertama. Link artikel pertama diletakkan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6019 Hari Kedua (29 Oktober 2022) Dari Winslow, pemanduan diteruskan ke Holbrook yang mengambil masa 35 minit sahaja. Holbrook juga pernah kami lawati pada kembara berkereta tahun 2015. Walau bagaimanapun tempat ini wajib dilawati…
Pemanduan Dari Tempe Ke Winslow
Hari Ke-2 (29 Oktober 2022)Kembara hari kedua ialah pemanduan dari Tempe, Arizona menuju ke Albuquerque, New Mexico. Jarak antara kedua buah bandar ialah 660 kilometer dan jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama 6 jam 30 minit (bergantung waktu trafik semasa). Oleh kerana kami berhenti beberapa kali di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan,…
Double Tree by Hilton Tempe, Arizona
Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik…
Phoenix – Ibu Negeri Arizona
28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30…
Penerbangan Dari Vancouver Ke Phoenix
Hari Pertama (28 Oktober 2022)Hari ini ialah hari pertama kembara Amerika Syarikat (AS) bagi saya dan suami pada bulan Oktober dan November 2022. Jika anda pembaca kerap laman web dan penonton kerap saluran You Tube saya, anda pasti tahu yang kami biasanya memulakan kembara berkereta (road trip) di USA bermula dari Vancouver, Kanada. Walau bagaimanapun…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)
Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan…
Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara
Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman…
Hilton Seattle
Biasanya apabila mengembara, saya dan suami memilih hotel Hilton atau Marriott yang berdekatan dengan lebuh raya atau lapangan terbang. Namun, ia berbeza dengan kedatangan kami ke Seattle pada awal bulan Oktober lalu kerana kami memilih hotel yang terletak di dalam pusat bandar Seattle. Terdapat dua cara untuk masuk ke hotel ini iaitu yang pertama ialah…
Salima Specialties – Halal Renton
Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties. Di bawah ini saya senaraikan minuman…
