Ini merupakan pertama kali saya dan suami menetap di rangkaian hotel Hilton Home2 Suites. Hotel ini berkonsep minimalis seperti Tru by Hilton tetapi berbeza sedikit dari segi keluasan bilik kerana di sini biliknya lebih besar dan turut mempunyai dapur. Oleh kerana masih lagi musim bunga yang selalu dituruni salji, maka pihak hotel telah meletakkan pelbagai…
SpringHill Suites by Marriott Salt Lake City Airport
Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan lebuh raya untuk saya dan suami meneruskan pemanduan pada hari berikutnya. Perkhidmatan shuttle percuma diberikan kepada tetamu hotel yang ingin pergi ke lapangan terbang. Susun atur perabot dan katil bagi rangkaian hotel SpringHill Suites di mana-mana cawangan, semuanya hampir sama. Ia mengingatkan…
Homewood Suites by Hilton San Francisco Airport-North
Homewood Suites by Hilton merupakan antara rangkaian hotel Hilton yang menjadi kegemaran saya dan suami. Kami pernah menginap di Homewood Suites di beberapa bandar di Amerika antaranya ialah di Las Vegas. Oleh kerana kami telah mengetahui standard Homewood Suites, maka kami telah menempah untuk menginap beberapa malam di Homewood Suites San Francisco Airport. Satu kelebihan…
Pemanduan Dari San Francisco Ke Salt Lake City
Pemanduan dari hotel di San Francisco bermula pada jam 5:00 pagi. Saya dan suami bangun lebih awal untuk bersahur terlebih dahulu. Jarak untuk ke Salt Lake City, Utah ialah 1207 kilometer. Kami pernah menggunakan sebahagian dari laluan yang sama sebelum ini tetapi pada musim panas. Pada kali ini pula musim bunga yang baharu memasuki bulan…
Salam Aidilfitri 2022
1 Syawal ialah hari kemenangan umat Islam. Walau apa dugaan yang Allah berikan kepada kita, raya tetap raya cuma sambutan setiap orang itu mungkin berbeza. Tidak ada istilah tidak boleh beraya atau tidak mahu beraya. Tahun 2008, bapa saya meninggal dunia kurang 24 jam sebelum hari raya, namun keesokan harinya kami sekeluarga tetap berhari raya…
30 Ramadan & Bulan Kesedaran Kesihatan Mental
Sewaktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang dua jam lagi untuk saya berbuka puasa. Maka berakhirlah bulan Ramadan tahun 2022. Setiap tahun semua orang akan berasa sedih untuk tinggalkan bulan yang mulia ini. Bagi saya pula, perasaan sedih itu lebih sangat terasa pada tahun ini berbanding sebelumnya. Saya berasa sebak dan hiba sewaktu awal Ramadan,…
Courtyard by Marriott Calgary Airport
Courtyard by Marriott Calgary Airport terletak lebih kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Calgary. Jika dilihat di dalam peta, hotel ini memang bersebelahan dengan lapangan terbang. Yang membuatkan terasa jauh dengan jarak 10 kilometer itu ialah kerana perlu memandu seiring dengan keseluruhan panjang landasan. Saya sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Keperluan asas di…
Pemanduan Dari Sweet Grass, Montana Ke Calgary, Alberta, Kanada
Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja. Satu perkara penting yang ingin saya pesan ialah, sekiranya anda…
Pemanduan Dari Helena Ke Sweet Grass, Montana
Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662. Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass….
Great Falls, Montana
Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar…
